Pages

Wednesday, 12 October 2011

Khasiat Grape Seed Extract (Biji Anggur)

Mummy sekarang baru jek nak berjinak-jinak semula dengan supplemen kesihatan dan kecantikan. Memang berat badan mummy dah overweight. Something need to do. Few medical check-up before this memang doktor ada mention yang mummy ada problem dengan hormone body, tepu toxin coz dulu banyak sangat makan ubat lepas accident. so, badan macam dah lost function. After few research and reading, mummy jumpa khasiat grape seed yang antara lain boleh nyahtoksinkan racun dalam badan kita dan kick away all the radikal bebas yang dok bersarang dalam badan kita. So, di sini mummy sharekan kebaikan grape seed. Right now pun, mummy dah start ambil grape seed 1 biji sehari (450 mg). Just enough for a start....

10 Kebaikan kesihatan pati biji anggur:
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Khasiat Grape seed/extrak biji buah anggur
Grape Seed Oil mengandungi phytonutrien istimewa yang ditemui pada buah anggur
yang dinamakan Polyphenols. Pada tahun 1985, Prof Jacques menemui polyphenols
yang terdapat di dalam buah anggur dan bijinya mempunyai lebih Oligomere
Proanthrocyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrient yang lain.
Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di negara
beriklim sejuk. Ini kerana ia juga dikenalpasti sebagai produk dari sumber alam
semulajadi yang mampu mencegah atau menyekat tumbesaran tumor atau ketumbuhan,
antisclerosis dan merangsang keupayaan sel-sel.

Apa itu OPC?
• OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
• Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
• Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih
kuat dari Vitamin C
• Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakanbahan antioksida dan unsur
semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan
dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di
dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat
kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap
pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada
Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan,
berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.
Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.
Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.

Kelebihan dan Kebaikan Grape Seed Oil
• Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
• Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu
sistem tubuh manusia
• Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
• Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
• Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan
terhadap serangan penyakit
• Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
• Menghalang pembengkakan dan keradangan
• Melancarkan perjalanan darah
• Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous
• Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
• Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
• Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan
• Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung
kepada alahan
• Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan
dinding kapilari darah

Tuesday, 11 October 2011

Petua Kuruskan Badan

Petua #10: Tingkatkan pengambilan serat. Seperti yang telah
disebutkan sebelum ini, badan memerlukan banyak serat. Oleh itu, cuba
masukkan berbagai-bagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam
diet anda. Kentang, pisang, mangga dan durian tidak digalakkan untuk
mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Petua #11 - Banyakkan makan sayur-sayuran. Sayur-sayuran adalah
pilihan terbaik bila bercakap tentang mengurangkan berat badan, dan
pilihlah sayur-sayuran berdaun hijau. Masukkan salad dalam diet anda,
tetapi hati-hati dengan "dressing".

Petua #12: Makan dengan bijak. Perbezaan antara manusia dan binatang
adalah kita didorong oleh kepintaran manakala binatang didorong oleh
naluri. Jangan makan sesuatu kerana anda merasa hendak makan. Tanya
diri anda sama ada badan anda benar-benar memerlukannya.
 

Wednesday, 5 October 2011

Cara mendidik anak mengikut cara Islam

INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
  • Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Tuesday, 4 October 2011

Kenapa Suka Cium Anak?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

·         ·     Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang  sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

 

·         ·     Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas  dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke  dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

 

·         ·     Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

 

·         ·     Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut  menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu   dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.   

·         ·     Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.  Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada   seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak  menyayangi tidak pula akan disayangi.”

 

·         ·     Barangsiapa   ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

 

·         ·     Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah   dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

 

·         ·     Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu   bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah   kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak   ke atas dirimu.”

Petua Kuruskan Badan

Air memainkan peranan penting dalam mengawal berat badan, justeru
petua hari ini juga berkisar mengenai pengambilan air. Air adalah
sesuatu yang luar biasa, tetapi jarang sekali diberi perhatian. Adakah
anda tahu bahawa lebih daripada 66% berat badan kita disumbangkan
oleh air? Sungguh mengkagumkan! Secara umum kita memerlukan 8 gelas
air sehari, namun pengambilan lebih dari 1 liter dalam tempoh yang
pendek boleh membahayakan kesihatan.

Petua #4 - Minum segelas lagi air semasa makan. Ini adalah satu lagi
cara untuk membuat anda cepat kenyang. Namun ada petua yang menyuruh
kita elakkan minum ketika makan makanan utama kerana ianya akan
mencairkan enzim penghadaman. Justeru minum seteguk selepas kunyahan
untuk membantu makanan turun dengan lebih cepat, supaya anda lebih
cepat merasa kenyang.

Petua #5 - Jauhkan diri dari minuman botol yang manis, terutama soda.
Semua minuman bergas dimaniskan dengan gula dan gula bermakna kalori.
Lebih banyak anda kurangkan minuman botol ini, lebih baik untuk anda.
Jika anda perlu minum soda, pilihlah soda diet.

Petua #6 - Masukkan makanan yang mengandungi banyak air seperti
tomato dan tembikai dalam diet anda. Makanan yang mengandungi 90
hingga 95% air tidak memberi apa-apa impak ke atas berat badan
walaupun anda memakannya dengan banyak.

Petua Kuruskan Badan

Petua #7 - Makan buah-buahan segar bukan minum jus buah-buahan.
Jus selalunya ditambah gula tetapi buah-buahan segar mempunyai gula
semulajadi. Apabila anda makan buah-buahan, anda mengambil banyak
serat yang diperlukan oleh badan, dan buah-buahan sudah tentu adalah
sumber terbaik vitamin.

Petua #8 - Jika anda mempunyai keinginan untuk minum jus, pilihlah
jus buah-buahan segar dan bukan yang mengandungi perisa dan warna
tiruan. Atau lebih baik lagi, buat jus buah-buahan anda sendiri dan
pastikan anda tidak maniskannya dengan kalori yang terlalu banyak.

Petua #9 - Pilih buah-buahan segar berbanding buah-buahan diproses.
Buah-buahan yang diproses dan yang ditinkan tidak mempunyai serat
sebanyak buah-buahan segar dan buah-buahan yang diproses dan yang
ditinkan selalunya ditambah gula.
 

Sesungguhnya Cinta Itu Milik Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.
Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…