Rumusan dari tulisan Tay Mui Chu dalam The Sun, Monday, 17/10/2011
Sebagai suami isteri kita cenderung bertelingkah mengikut perasaan tanpa berfikir panjang kita mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar yang kita kesali. Justeru, penulis menggariskan konsep W-I-S-D-O-M sebagai panduan menghindari pertelingkahan yang menyakitkan dan mengelakkan kita mengesali apa yang kita mungkin tak inginkan tapi disebabkan "Mulut Badan Binasa"...
Let's Check It Out :-
1. W - Working It Out
Perkahwinan mesti diusahakan untuk dipertahankan. Jangan sekali-kali memikirkan untuk bercerai sebagai satu jalan menyelesaikan masalah yang timbul dari perkahwinan. Divoice is the last resort... Lagipun, sebagai muslim kita tahu bahawa, walaupun Talak itu halal tapi ia adalah perkara paling dibenci Allah.
2. I - In-laws
Baiki hubungan dengan ipar-duai, mentua. Mereka boleh jadi tempat berbincang dan mengadu sekiranya menghadapi masalah. Bukan minta mereka campurtangan, sekadar berkongsi perasaan agar ia tidak terbeban di fikiran kita seorang.
Dalam hidup juga, kita perlu faham dan bertolak ansur ada masanya kita perlu memberi ruang kepada pasangan untuk menguruskan satu bahagian hidupnya dengan "keluarga asalnya". Kita adalah keluarga baru yang dibina selepas berkahwin tetapi ibubapa dan adik-beradiknya telah wujud bersamanya berpuluh tahun lebih awal dari masa dia mengenali kita.
3. S - Self
Hargai diri dan beri ruang untuk diri sendiri berehat dan melepaskan kelelahan samada dengan pergi bercuti, memanjakan diri di SPA, hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri, atau just treat yourself something (shopping ke)...
Hidup dengan berprinsip dan tambahnilai diri sendiri dengan something yang menambahkan lagi ilmu kita, atau menjadikan diri kita punya lebih kemahiran untuk lebih bersedia pada apa saja keadaan di masa akan datang. Try to be as independence as we can....
4. D - Dumb and deaf
Bila berlaku pertelingkahan, lebih baik kita menjadi orang yang pekak dan bisu. Jangan menjawab dan buat-buat tak dengar je kemarahan yang dihamburkan. Jangan menjadi minyak yang menyimbah api yang tengah menyala. Nanti ia akan melarat dan tidak terkawal. Tulis utk luahkan kemarahan atau perasaan tak puas hati kita. Ini akan buat kita berfikir dan dengan sendirinya, kemarahan itu disalurkan kepada kertas dan pen bukan secara langsung dengan kata-kata tajam kita. Kata-kata akan melukakan, meninggalkan parut dan akan terngiang-ngiang di telinga pasangan.
Beralah bukan bererti kalah, berselisihlah dengan bijak dan berwaspada. Orang yang bijak menganggap pertelingkahan satu cara untuk kita memahami orang lain dengan lebih baik. Bukan semata-mata untuk menang atau kalah
5. O - Observe
Perhatikan perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan. Jika kita berkelakuan yang dia tak suka, contoh tarik muka masam, lebih baik kita terangkan terlebih dulu kenapa kita berkelakuan begitu, daripada membiarkan dia memberi tanggapan yang bukan-bukan terhadap kita. Beri kejutan atas apa yang dia suka.. contohnya, pasangan sukakan jambangan ros merah. Beri hadiah jambangan ros sebagai cara memancing kegembiraannya. Ini akan memperbaiki hubungan perkahwinan yang kian memanjat usia. Ini menunjukkan kita prihatin apa yang dia sukai dan tahu kita berusaha untuk tidak membuatnya berduka..
6. M - Mediate
Selesaikan perasaan tidak puas hati dengan segera, menggunakan tindakan paling sesuai. Bukan marah-marah. Jangan biarkan kita dan pasangan tidur dengan hati yang terbuku. Perkara terpendam yang disimpan, akan menjadi lebih parah jika ia meletus sekali lagi.
Perkahwinan adalah seumur hidup. Jangan bazirkan hidup untuk pertelingkahan yang tidak membawa manfaat dan kebahagiaan. Kebahagiaan perlu dicari, disemai dan dibajai dengan kasih-sayang. Orang yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi..

No comments:
Post a Comment