Pages

Sunday 30 October 2011

Thursday 20 October 2011

CHICKEN LASAGNE

BAHAN INTI AYAM :-)
1 cawan isi ayam cincang (mat guna jenama Ayamas)
1 biji tomato, buang biji dan cincang halus (mat guna plum tomato)
1/2 camca besar rempah kari daging
1 biji bawang holland, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan nipis halia cincang halus
2 camca besar sos tomato
1/4 parutan biji buah pala
Garam secukup rasa
2 helai bay leaf
Serbuk lada hitam secukupnya

BAHAN SOS PUTIH :-)
300 ml susu segar
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/4 camca teh parutan biji buah pala
Lada hitam serbuk secukupnya
1 keping keju cheesedale (optional)
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Kepingan lasagne secukupnya
Keju mozarella secukupnya, hiris nipis
1 biji tomato hiris bulat
1/2 biji green capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK INTI AYAM :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis hirisan bawang
  besar, bawang putih, halia dan bay leaf. Tumis hingga layu. Masukkan rempah
  hari, serbuk lada hitam, sebuk buah pala, sos tomato dan tomato cincang, kacau
  rata dan masak hingg rempah garing dan tomatu hancur. Tambah daging ayam tadi
  dan masak hingga kering dan ayam masak, perasakan dengan garam secukupnya.
  Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.

UNTUK SOS PUTIH :- Masukkan tepung dalam periuk, tuang susu dan kacau dengan
  whisk hingga tepung larut. Masak atas api sederhana, dan kacau hingga pekat.
  Tambah keju cheesedale (jika guna), serbuk lada hitam dan serbuk buah pala
  tadi. Kacau rata, tambah garam jika perlu. Kacau sekejap lagi, rasa dan jika
  ok boleh matikan api, biar sejuk.
UNTUK LASAGNE :- Didihkan air, letak sedikit garam dan minyak zaitun, celur
  kepingan lasagne satu persatu hingga lembut, tos dan letak atas bekas yang
  dilenser sedikit minyak zaitun (mat guna dalam 6 keping macam tu).

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser bekas berukuran 7 inci x 5.5 inci x 2 inci dengan
  mentega. Susun 2 keping lapisan lasagne, sapu 1/2 bahagian sos putih, tabur
  1/2 bahagian bahan inti, lapis dengan 2 keping lasagne, tabur sedikit parutan
  keji dan tabur cincangan capsicum, lapis dengan 2 keping lagi lasagne, sapu
  baki sos putih, tabur bahan inti, susun tomato yang dihiris dan susun kepingan
  keju mozarella yang telah dihiris nipis. Bakar dalam oven selama 35 minit atau
  hingga kuning keemasan. Hidangkan suam.....

Spaghetti Bolognaise

BAWANG BESAR – 2 LABU DIPOTONG DADU
CILI KERING
DAGING CINCANG
SOS PREGO BESAR
KACANG PANGGANG - 2 TIN
BLACK PEPPER
CRAB
SAUSAGE
CENDAWAN BUTANG CAP AYAM – 2 TIN
TOMATO 4 BIJI – DIBLEND
SOS TOMATO
SOS CILI
SPAGHETTI 1 BUNGKUS
CILI SERBUK

CARA2NYA

MULA2 PANASKAN MINYAK, LEPAS TU MASUKKAN CILI YANG DIKISAR SEHINGGA GARING.  SELEPAS ITU MASUKKAN DAGING CINCANG TUMIS SEHINGGA MASAK KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG.  SELEPAS ITU MASUKKAN SOS PREGO TUNGGU SEHINGGA MASAK DAN MASUKKAN TOMATA, SOS TOMATO, SOS CILI KACAU HINGGA RATA DAN MASUKKAN KACANG PANGGANG. DAN AKHIR SEKALI MASUKKAN CENDAWAN BUTANG, SAUSAGE, CRAB & BLACK PEPPER. HIDANGKAN DENGAN CILI SERBUK DAN MASUK MULUT. AAUMMMM

Sunday 16 October 2011

Tanda Penyakit Berdasarkan Perubahan Organ

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
  • Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
  • Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
  • Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.
MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
KULIT
Peluh
  • Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
  1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
  2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
  • Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
  • Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
  • Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.
TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
  1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
  2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.
Wallahu a’lam

Art Of Marital Harmony

Rumusan dari tulisan Tay Mui Chu dalam The Sun, Monday, 17/10/2011

Sebagai suami isteri kita cenderung bertelingkah mengikut perasaan tanpa berfikir panjang kita mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar yang kita kesali.  Justeru, penulis menggariskan konsep W-I-S-D-O-M sebagai panduan menghindari pertelingkahan yang menyakitkan dan mengelakkan kita mengesali apa yang kita mungkin tak inginkan tapi disebabkan "Mulut Badan Binasa"...

Let's Check It Out :-
1. W - Working It Out
Perkahwinan mesti diusahakan untuk dipertahankan. Jangan sekali-kali memikirkan untuk bercerai sebagai satu jalan menyelesaikan masalah yang timbul dari perkahwinan. Divoice is the last resort... Lagipun, sebagai muslim kita tahu bahawa, walaupun Talak itu halal tapi ia adalah perkara paling dibenci Allah.

2. I - In-laws
Baiki hubungan dengan ipar-duai, mentua. Mereka boleh jadi tempat berbincang dan mengadu sekiranya menghadapi masalah. Bukan minta mereka campurtangan, sekadar berkongsi perasaan agar ia tidak terbeban di fikiran kita seorang.

Dalam hidup juga, kita perlu faham dan bertolak ansur ada masanya kita perlu memberi ruang kepada pasangan untuk menguruskan satu bahagian hidupnya dengan "keluarga asalnya". Kita adalah keluarga baru yang dibina selepas berkahwin tetapi ibubapa dan adik-beradiknya telah wujud bersamanya berpuluh tahun lebih awal dari masa dia mengenali kita.

3. S - Self
Hargai diri dan beri ruang untuk diri sendiri berehat dan melepaskan kelelahan samada dengan pergi bercuti, memanjakan diri di SPA, hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri, atau just treat yourself something (shopping ke)...

Hidup dengan berprinsip dan tambahnilai diri sendiri dengan something yang menambahkan lagi ilmu kita, atau menjadikan diri kita punya lebih kemahiran untuk lebih bersedia pada apa saja keadaan di masa akan datang. Try to be as independence as we can....

4. D - Dumb and deaf
Bila berlaku pertelingkahan, lebih baik kita menjadi orang yang pekak dan bisu. Jangan menjawab dan buat-buat tak dengar je kemarahan yang dihamburkan. Jangan menjadi minyak yang menyimbah api yang tengah menyala. Nanti ia akan melarat dan tidak terkawal. Tulis utk luahkan kemarahan atau perasaan tak puas hati kita. Ini akan buat kita berfikir dan dengan sendirinya, kemarahan itu disalurkan kepada kertas dan pen bukan secara langsung dengan kata-kata tajam kita. Kata-kata akan melukakan, meninggalkan parut dan akan terngiang-ngiang di telinga pasangan.

Beralah bukan bererti kalah, berselisihlah dengan bijak dan berwaspada. Orang yang bijak menganggap pertelingkahan satu cara untuk kita memahami orang lain dengan lebih baik. Bukan semata-mata untuk menang atau kalah

5. O - Observe
Perhatikan perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan. Jika kita berkelakuan yang dia tak suka, contoh tarik muka masam, lebih baik kita terangkan terlebih dulu kenapa kita berkelakuan begitu, daripada membiarkan dia memberi tanggapan yang bukan-bukan terhadap kita. Beri kejutan atas apa yang dia suka.. contohnya, pasangan sukakan jambangan ros merah. Beri hadiah jambangan ros sebagai cara memancing kegembiraannya. Ini akan memperbaiki hubungan perkahwinan yang kian memanjat usia. Ini menunjukkan kita prihatin apa yang dia sukai dan tahu kita berusaha untuk tidak membuatnya berduka..

6. M - Mediate
Selesaikan perasaan tidak puas hati dengan segera, menggunakan tindakan paling sesuai. Bukan marah-marah. Jangan biarkan kita dan pasangan tidur dengan hati yang terbuku. Perkara terpendam yang disimpan, akan menjadi lebih parah jika ia meletus sekali lagi.

Perkahwinan adalah seumur hidup. Jangan bazirkan hidup untuk pertelingkahan yang tidak membawa manfaat dan kebahagiaan. Kebahagiaan perlu dicari, disemai dan dibajai dengan kasih-sayang. Orang yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi..






Kata-Kata Hikmah Untuk Motivasi Diri

  1. Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)

  2. Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)
  3. Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
  4. Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)
  5. Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)
  6. Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)
  7. Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)
  8. Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)
  9. Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)
  10. Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)
  11. RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)
  12. Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)
  13. Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)
  14. Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)
  15. Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)
  16. Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)
  17. Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)
  18. Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)

Bakar Semangat Menghadapi Hari Mendatang

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..
Himpunan 19 Kata Kata Hikmat Motivasi Untuk Membakar Semangat Anda!
Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘Motivasi’ di bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.  Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.