Pages

Sunday, 18 September 2011

Mat Sabu Yang Lupa Diri

Kadang-kadang manusia tega berkata apa saja demi mencapai impian peribadi. Tidak kira walau ia akan mengguris hati umat sebangsa seagamanya. Itulah yang mummy nampak apa yang menjadi polemik di dada media berkaitan isu Mat Sabu yang menganggap Mat Indera Komunis itu adalah pejuang negara. Ironinya, kita semua sudah tentu sudah sinonim dengan perumpamaan Jahat macam komunis. Di mana baiknya komunis di dada sejarah Negara kita. Kasihannya, ibu pertiwi negara tercinta ini tidak sudah-sudah diduga, rakyatnya yang mengaku warganegara Malaysia tidak menghormati tanah tumpah darahnya sendiri. Tempat mencari rezeki, berlindung, beranak-pinak, khazanah buminya dikorek dan digali demi pembangunan dan pengumpulan harta kekayaan.. tetapi itu jugalah tanahair yang sesetengah manusia tergamak mendedahkan busuknya untuk tatapan antarabangsa. Sikap dan tingkahlaku yang tidak berpijak di bumi nyata. Tiada lagi pegangan "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung".. takut mummy nak fikirkan bagaimanalah agaknya masa depan anak-anak mummy di bumi tercinta ini. Mummy selalu berdoa agar keamanan yang dikecapi, nikmat yang dilimpahi Allah disyukuri oleh semua rakyat Malaysia dengan penuh insaf dan tanggungjawab...

1 comment:

  1. Pagi ni dengar berita di Radio Sinarfm berhubung kes penangkapan Mat Sabu. Walau diikatjamin at least nampak tindakan polis atas sikap kurang ajar rakyat Malaysia ke atas negaranya sendiri. Alhamdulillah. Sudah pasti statement pembangkang seperti biasa negatif semuanya... somehow, something need to be done to give a lesson to this type of parasite in Malaysia. Manusia yang ingin menikmati semua kemewahan di bumi Malaysia tetapi dalam masa yang sama meludah tanahairnya sendiri. Kenapa ingin mengangkat perjuangan komunis sekarang? Setelah DAP begitu kuat dalam pakatan pembangkang? Adakah maksudnya ingin menukar sejarah Tanah Melayu daripada orang melayu yang berjuang habis-habisan menentang penjajah untuk merdeka kepada komunis yang majoritinya Cina sebagai pejuang kemerdekaan? Jangan lupa Melayu dalam komunis di kampung-kampung adalah Melayu tali barut dan pencacai kepada komunis ini dan ketuanya adalah Cina-cina komunis. Di saat Melayu kampung mempertahankan kawasan masing-masing dari dicerobohi dan dizalimi, di mana peranan kaum lain yang sebenarnya sudah ada mendiami bumi Melayu ketika itu? Sejarah tidak pernah membohongi kita sementelah datuk nenek yang hidup lara ketika itu masih ada bernyawa. Ingatlah jangan menderhaka kerana padahnya anak cucu kita sendiri..

    ReplyDelete