Pages

Thursday, 22 September 2011

Amalan Membuka Pintu Rezeki

MEMBUKA PINTU REZEKI...

Allahu Akbar YA ALLAH kau Maha Pengampun, ampuni dosa dan kesalahan aku  dan kedua Ibubapa , dosa anak dan dosa isteri, dosa adik beradik, dosa datuk dan nenek, dosa guru-guru ku yang banyak berjasa kepada ku , dosa sekelian mukmin dan mukminat yang hidup atau yang mati .YA ALLAH. Ampuni dosa kami, dosa kecil mahupun dosa yang besar.

Berilah kesejahteraan kepada ke dua Ibubapaku yang banyak menjaga, mendidik menjadi sehingga aku menjadi manusia yang berjaya di dunia ini. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak dapat aku balas hanya aku mengharapkan pengampunan dan pertolongan MU YA ALLAH  semoga ibu dan bapa ku berada dalam pertolongan MU. Selamat ibu bapa ku daripada azab kubur dan jauhan azab api nereka. Tempatkanlah roh bersama orang yang soleh solehah ditaman Syurga Mu YA ALLAH.

YA ALLAH, jangan kamu mati kami dalam kehinaan, setelah buangkan kehinaan dalam diri kamu. YA ALLAH matikan kami dalam Iman dan matikan kami dalam Kalimah syahadah “…..

Amin YA Raa’baa’ alamin.


MEMBUKA PINTU REZEKI 

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris...... Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) 
 

No comments:

Post a Comment