Pages

Tuesday, 20 September 2011

Hubby Admitted to Tawakal Hospital for Ischemic Heart Disease with Diabetes Mellitus

Teringat mummy di waktu hubby sakit terlantar di hospital dalam waktu yang sama mummy kena prepare utk exam CCP on Saturday 10/9/2011, just after minggu Raya. Allah saja yang tahu perasaannya. Dengan baru saja balik raya dan ada sikit selisih faham dengan orang tuanya. Peristiwa-peristiwa itu buat mummy sedar betapa pentingnya kekuatan diri utk menangani ujian kehidupan.

Isnin (5/9/2011)
   –      suami mummy mengadu sakit dada dan kebas badan

Selasa (6/9/2011)
     8.00 pagi pergi ke Klinik Seri Melawati untuk rawatan pesakit luar (menggunakan kad Compumed) dan dapatkan referral letter untuk rujuk kes ke Hospital Tawakal
     9.30 pagi ke Hospital Tawakal – serahkan kad Compumed untuk outpatient Physician (Dr. Noor Hisham) dan dirujuk kepada Cardiologist (Dr. Shatar)
-     Transfer dari outpatient ke inpatient
-     Uruskan kemasukan ke wad – dikenakan deposit RM 200.00 (sama seperti  Syarikat Insurans lain sebagaimana ditetapkan Tawakal)
-      Admitted ke Wad Camelia (sementara) pada jam 11.30 pagi
-      Blood test, ECG, Stress test dilakukan

Setakat waktu ini semua urusan berjalan lancar, mengambil masa untuk dimasukkan ke wad disebabkan urusan di antara Klinik Physician dengan Klinik Cardiologist

Rabu (7/9/2011)
-      Dijadualkan untuk Angiogram pada jam 2.00 petang
-      Prosedur Angiogram / Balloon Angioplasty dijalankan – disahkan ada 2 blockages of major artery – didiagnos “Ischemic heart Disease with diabetes mellitus”
-      Dimasukkan ke ICU untuk pemerhatian

Khamis (8/9/2011)   
-      Dipindahkan ke Wad biasa untuk pemantauan jantung & kencing manis

Jumaat (9/9/2011)
-      Pemantauan jantung & kencing manis

Sabtu (10/9/2011)
-      Urusan keluar wad
-      Menunggu kelulusan Compumed untuk urusan discharge
-      Total Bill RM 37,700.00
-      Waktu discharge 4.00 petang – deposit RM 200.00 dikembalikan
-      Kelewatan proses pada saya disebabkan komunikasi Hospital- Compumed KL-Compumed HQ(Penang), walau bagaimanapun tidak menjadi isu

Pada pengalaman mummy, overall kecekapan Compumed adalah 75%.
1.     Langkah SME Bank menyeragamkan proses outpatient – inpatient adalah baik, walau bagaimanapun boleh dibaiki dari segi masa menunggu.
2.    Langkah provide insurans untuk inpatient adalah satu tindakan terpuji dan dapat mengurangkan beban keluarga. Jika sebelum ini, limit setahun per dependant (satu family) adalah RM 10,000 untuk setahun dengan adanya skim insurans ini difahamkan insurans telah cover semua kos perubatan berjumlah RM 37,700.00 (yang mana coverage adalah untuk RM 50,000 per individual dependant)

     Mummy rasa besyukur dengan segala kelapangan dan kemudahan urusan yang Allah lorongkan buat hidup mummy. Amin..

No comments:

Post a Comment