Terdapat seorang ibu yang tinggal bersama-sama dgn anaknya yang panas baran. Si ibu amat bimbang akan sikap anaknya itu dan sering kali berfikir cara yang terbaik untuk menasihati anaknya itu. Dan pada suatu hari si ibu berkata kepada si anak “Hai anakku, andaikan paku2 ini adalah sikap panas baranmu, dan setiap kali kamu berasa marah maka ketukkan paku ini ke tiang ini dan sekiranya kamu berjaya menahan sikapmu itu maka tarikkanlah kembali paku tersebut. Buat lah seperti apa yang ibu minta ini, anakku”.
Si anak mendengar dan menuruti kata2 ibunya itu. Dia melakukan seperti apa yang ibunya pinta. Dia mmg anak yg baik >_< .
Maka cabaran pun bermula, pada hari pertama, banyak paku paku yang telah diketuk oleh si anak pada tiang tersebut. Begitu juga dengan hari-hari yg berikutnya dan juga hari-hari yang seterusnya. (susah sebenarnya untuk tinggalkan sikap yang telah terbiasa dalam diri ini T_T)
Dipendekkan cerita, paku-paku yang banyak di ketuk oleh si anak tadi menjadi semakin berkurangan hari demi hari, dan apabila si anak Berjaya menahan kemarahannya dia akan mencabut kembali paku-paku yang di ketuknya dan paku-paku tersebut menjadi semakin berkurangan sehinggalah pada suatu hari paku-paku yang diketuk ke dinding itu habis dicabut oleh si anak. \ (>_<) /
Si anak berasa gembira dengan keadaan tersebut, dan si anak memanggil si ibu untuk melihat keadaan tersebut “ibu, lihatlah…saya telah Berjaya mencabut kesemua paku-paku yang saya ketuk sebelum ini..saya Berjaya mengawal sikap panas baran saya.. =)”
Jadi si ibu pun mula berkata kepada si anak “tahniah anakku, kamu telah Berjaya mengawal kemarahanmu. Syabas untuk anakku. Dan anakku, lihatlah bekas dan kesan kerosakan yang telah kamu lakukan kepada tiang ini..dia telah menjadi robek, ini sama juga seperti insan yang telah kamu marahi kerana sikap panas baranmu itu..walaupun kamu telah meminta maaf dan mereka telahpun memaafimu namun kesannya luka itu masih tinggal di hati orang tersebut”
No comments:
Post a Comment